Wednesday, April 29, 2009

07 apr 2009

Lelaki maut kereta bertembung lori balak

Harian Metro 8 Apr 2009



Lelaki maut kereta bertembung lori balak


PASIR PUTEH: “Sambil melaungkan Allahuakbar, saya terus memulas stereng serta membrek lori sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba memasuki laluan saya,” kata Ghazali Yazid, 49, selepas lori balak dipandunya bertembung sebuah kereta di Kilometer 51, Jalan Pasir Puteh-Jertih, Bukit Yong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu kereta terbabit, Amir Hussain Saari, 27, dari Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak, terbunuh di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya.

Mangsa pelatih Pusat Latihan Petronas Batu Rakit, Terengganu, dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halamannya bersama dua kenderaan lain sebelum kereta dipandunya bertembung sebuah lori balak yang sarat muatan.

Ghazali berkata, sebelum kejadian, dia dalam perjalanan membawa balak yang diambil dari Grik, Perak, untuk dihantar ke sebuah kilang papan di Jertih, Terengganu.



“Ketika itu saya cuba mengelak kerana bimbang balak dibawa tertanggal ikatannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, walaupun sudah menekan brek, lori itu terus bergerak perlahan sebelum kereta dipandu mangsa melanggar bahagian depan kenderaannya.

“Bagaikan dipaku, kaki saya terus berada di brek manakala tangan pula berada pada stereng dalam keadaan menggigil.

“Selepas itu, baru saya terjun dan berlari ke arah kereta terbabit dan cuba menyelamatkan mangsa, tetapi gagal kerana kakinya tersepit pada bahagian bawah papan pemuka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca apabila kenderaan mangsa dipandu laju sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain mengambil keterangan pemandu terbabit, polis meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharudin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.40 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota dan dua jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih.

“Kami mengambil masa setengah jam sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan gergaji,” katany

8 comments:

nasaoji said...

sabar n tabah ek dgn sumer ni..aku nangis bc sumer nih....

aku wat n3 khas tang hal ni itu hr..klu ko nk bc, godeng2 r blog aku...

Anonymous said...

akak tabah ye...setiap yang berlaku ade hikmahnya

aQEEL IdraKi Mama said...

odah- aku dah bace da kt blog ko... thanx for the special entry

Mrs. Athir Oyugi said...

k ann..tabah ye..
sue nangis baca blog akak ni..
sori xdpt nk baca dr nwpaper..
since sue kat sini..
dpt baca dr sini baru tau the true story

aqmarissa muktar afandi said...

to mama aqeel sabar byk2 ye, sy menangis baca kesah nie...sgt2 sedey...

RiEz said...

saya terclik dari blog iza...sabar yer kak...sedih saya baca blog akak...semoga tabah selalu..

mummysyafie said...

sabar yer anna..akak amik masa dari satu n3 ke satu n3 nak cari apa punca kematian babah aqil. sekarang baru akak tahu..

melihat wajah aqil, buat akak terkedu sendiri. seseungguh nya anna seorang wanita yang tabah. mampu mengahadapi ujian Allah.

mummysyafie said...

sabar yer anna..akak amik masa dari satu n3 ke satu n3 nak cari apa punca kematian babah aqil. sekarang baru akak tahu..

melihat wajah aqil, buat akak terkedu sendiri. seseungguh nya anna seorang wanita yang tabah. mampu mengahadapi ujian Allah.